Comeinye budak tecikk dalam gambar ni
Usai solat Asar, tanganku menggapai majalah SOLUSI..tertarik dengan satu kata-kata ini: << Aurat di hati>> patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan
Yes betul..!!! Setuju...
Bila bercakap soal hati, sukar diduga oleh semua orang.. Bagi ku, masalah hati adalah masalah yang paling unik. Tanpa diundang, ia datang bertandang, Sukar ditepis oleh semua orang..
..... ... ..Aurat di hati ini jauh lebih penting dijaga daripada aurat di badan.
Hati jangan liar, hendaklah dijaga selalu
Aku selalu berpesan pada diri sendiri mengingatkan diri agar.. selalu Lembutkan hati dengan bacaan alQuran Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar,
pergaulan bebas
pandangan mata yang tidak dikawal
keluar hingga jauh-jauh malam
berada di tempat-tempat maksiat .... .......... maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak..
Oleh itu, kita hanya mahu hati yang bersih kerana itulah syarat yang Allah tetapkan bagi kita untuk menemuiNya.
Dalam keratan ayat 24 surah al-Anfaal, Allah berfirman:
"..ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat (Allah menjadi pendinding) di antara seseorang itu dgn (pekerjaan) hatinya ..."
Dalam ayat 24 surah al-Anfal di atas, Allah memperingatkan kita bahawa Allah yang membatasi kita dengan hati kita yang menyebabkan kita tidak tahu atau tidak sedar apa yang dilakukan. Jelasnya Allah berkuasa mematikan hati seseorang sehingga terlepas peluang yang baik.
Allah juga berkuasa menjadikan hati kita hidup.
Ini bermaksud hati kita berada dalam diri kita, namun antara hati kita dengan diri kita Allah yang menjadi pendinding. Allahlah yang menguasai hati kita. Dialah yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Jadi langkah yang pertama untuk mendapat qalbun salim ialah kita kina bina hubungan baik dengan Allah SWT. dan sentiasa memohon perlindungan denganNya.
P/S: Mase kecik-kecik dahulu, selalu berangan nak jadi macam budak tecikk yg comel kat atas tu..Ingin dipinang oleh sorang putera raja yang hensem...
Tapi sekarang hanya ingin menjadi a great Zaujah of a great Imam..
In Shaa Allah ^^
|
No comments:
Post a Comment