Assalamualaikum
Jumaat lepas, saya berpeluang ke event Jom Boling Bersama Menteri Kerjaraya bertempat di Tropicana Club House. Tempatnya cantik dan esklusif, tmpat di mana org2 kaya lepak, rumah kat dalam tu, masya Allah, bastante grande..! Pergi sana ingat kan boleh main, rupa-rupanya saya terpaksa jadi penyokong je.. Alhamdulillah sempat jugak berkenalan dengan sahabat-sahabat MPP dari UTM Skudai, UteM dan beberapa lagi.
Kami hanya sempat main tiga game je, Itu pun dah rasa lenguh tangan. Juara dimenangi oleh team dari UteM Melaka. Team UM hanya dapat saguhati.
Dalam perjalanan balik....
......
Hampir sampai di UM
di gate Fakulti Bahasa dari Damansara..
tetiba teringat...
<<< KUNCI MOTOR >>>
rase macam tak ingat letak mana..
MULAI GELABAH!!!!
geledah beg, poket semua, dalam kete..
dan ternyata TIADA
Benda macam ni memang tak pelik dan tidak asing bagiku, sering berlaku situasi begini..
sebab sudah mengenali diri seorang yg careless
~adoi..mengeluh sendirian~
DAH SAMPAI UM..
akhirnya aku redha, kunci mungkin tercicir dari beg galas semasa di tempat boling tadi..
Zulaika menemaniku. Kami bersolat Maghrib dan Isyak di library, memandangkan motorku diparkir di sana
Selepas solat, aku menelefon kawanku bertanyakan kunci motor spare memandangkan motor itu bukan kepunyaanku..
#lagi masalah, sudahla motor org, kunci hilang bersama roadtax#
Alhamdulillah kunci motor spare ade, tapi kunci padlock di tayar motor enggak ade..
akhirnya motor tidak dapat dibawa balik..
aku tinggalkan motor di library sana
dan...
berjalan kaki balik kolej
dengan
ape ye..??
sedih...
mengenang nasibku hari ini..
Maybe ade benda yang aku buat hari itu xkena, dan mungkin Allah beri balasan atas dosa yang aku lakukan dulu..
atau mungkin Allah nak hadiahkan aku sesuatu yang lebih baik pada hari yang mendatang walaupun hari ini ak ditimpa kesusahan..
yeahh..it's true..everything happens for a reason
"Sentiasalah bersangka baik ke atas sesuatu"
aku suka ayat ni, rasenye semua orang pernah terbaca kot:
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
dan Dia turunkan hujan dan petir,
Kita tertanya-tanya di manakah matahari,
Rupa-rupanya Allah hadiahkan kita pelangi"
P/S:
Pengajaran daripada cerita ini, sentiasa berhati-hati dan teliti. Jangan cuai lagi ye Hazimah XOXO
No comments:
Post a Comment